Kelantan umum cuti negeri 13 Disember
BANGI, 7 Rabiulawal 1438H, Rabu – Kerajaan Kelantan mengumumkan 13 Disember depan sebagai cuti negeri itu bagi membolehkan rakyat meraikan keberangkatan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V ke Kuala Lumpur yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong baharu, kuat kuasa 15 Disember ini.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengumumkan perkara berkenaan selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO negeri itu, hari ini.
Beliau berkata, cuti pada Selasa depan itu adalah untuk membolehkan Tuanku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra bertemu dengan rakyatnya sebelum berangkat ke Kuala Lumpur sebagai Seri Paduka Baginda ke-15 menggantikan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Tengku Muhammad Faris Petra, 47, menggunakan gelaran Sultan Muhamad ke V selepas dimahsyurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September 2010.
Ahmad Yakob berkata, beliau dan pembesar-pembesar negeri akan mengiringi Sultan Muhammad V ke Kuala Lumpur.
The post Kelantan umum cuti negeri 13 Disember appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan