Kerajaan bertanggungjawab betulkan fakta salah dalam buku teks

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 7 Rabiulawal 1438H, Rabu – Kerajaan bertanggungjawab membetulkan kepincangan fakta yang diguna pakai di dalam buku teks sejarah di sekolah, kata Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdul Rahman Mt Dali.

Beliau berkata, kepincangan itu menyebabkan terlalu ramai masyarakat termasuk pemimpin di negara ini menerima fakta yang salah dan tidak tepat.

“Fakta sejarah yang salah, penting diperbetulkan. Tujuan sejarah itu sendiri adalah menceritakan fakta yang tepat dan betul.

“Fakta yang betul bagi sejarah Melayu penting untuk mengangkat rasa bangga masyarakat Melayu kepada bangsa mereka sendiri, sekaligus membantu mengikis rasa rendah diri kita.

“Untuk membangunkan bangsa yang maju, sesebuah bangsa perlu ada rasa teruja dan bangga dengan bangsa mereka, bahkan Melayu sendiri mempunyai sejarah yang gemilang yang perlu diketahui oleh generasi muda,” katanya kepada Ismaweb, hari ini.

Sebelum ini, Pengarah Muzium Warisan Melayu Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Muhammad Pauzi Abdul Latif menegaskan fakta yang tertulis di dalam buku teks berhubung faktor kekalahan Melaka disebabkan kemunduran teknologi adalah tidak benar.

“Berdasarkan pemerhatian saya, kita sering menyebut faktor kekalahan Melaka adalah kemunduran teknologi dan tentera tidak berstruktur. Tetapi kita kurang memberi penekanan berhubung pengkhianatan daripada pedagang dari China dan India,” kata Dr Muhammad Pauzi menerusi laporan akhbar Harian Metro.

Perkara itu juga pernah ditegaskan oleh Naib Presiden Isma, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni sebelum ini bahawa kekalahan Melayu pada zaman itu adalah berpunca oleh pertelingkahan dalaman dan pengkhianatan anak bangsa yang menjadi tali barut penjajah.

“Portugis mencatat dalam dokumen mereka mengenai senjata api orang Melaka. Mereka mencuri ratusan meriam Melaka dan membawanya ke India,” katanya.

The post Kerajaan bertanggungjawab betulkan fakta salah dalam buku teks appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?