Layanan Myanmar terhadap Rohingya satu jenayah kemanusiaan: OCHR

An internally displaced Rohingya woman holds her newborn baby surrounded by children in the foreground of makeshift tents at a camp for Rohingya people in Sittwe, northwestern Rakhine State, Myanmar. Authorities in Myanmar's western Rakhine state have imposed a two-child limit for Muslim Rohingya families, a policy that does not apply to Buddhists in the area and comes amid accusations of ethnic cleansing in the aftermath of sectarian violence. (AP Photo/Gemunu Amarasinghe)

KUALA LUMPUR, 1 Rabiul Awal 1438H, Khamis – Layanan kerajaan Myanmar terhadap etnik Islam Rohingya di negaranya merupakan satu jenayah kemanusiaan , kata Suruhanjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OHCHR).

Pertubuhan itu dalam satu kenyataan berkata, Myanmar mengulangi keputusan kajian yang diperoleh OCHR dalam laporan Jun lalu.

Lebih 120,000 etnik Rohingya terpaksa bersesak-sesak di kem pelarian di Rakhine sejak keganasan agama pada tahun 2012 yang menyaksikan kaum itu dinafikan kerakyatan, penjagaan kesihatan dan pendidikan.

“Kerajaan gagal bertindak mengikut cadangan yang dibuat da­lam laporan OHCHR, meningkatkan keganasan ke atas Rohingya menyamai jenayah kemanusiaan,” kata kenyataan itu.

Sementaraa itu, Penasihat Khas PBB Mengenai Pencegahan Pembunuhan Beramai-Ramai, Adama Dieng berkata, reputasi Kaunselor Myanmar, Aung San Suu Kyi kini terjejas ekoran kebimbangan banyak pihak cara beliau menangani isu keganasan di barat laut negara ini.

Dieng berkata, dakwaan itu mesti disahkan sebagai perkara yang perlu disegerakan dan menggesa kerajaan Myanmar membenarkan akses ke kawasan tersebut.

“Jika benar, kehidupan ribuan penduduk berada dalam bahaya, reputasi Myanmar menerusi ke­rajaan yang dilantik dan tentera juga terjejas dalam perkara ini,” katanya. – Agensi

The post Layanan Myanmar terhadap Rohingya satu jenayah kemanusiaan: OCHR appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?