Lebih 200 jemaah umrah terkandas, penerbangan batal

Gambar: Berita Harian

NILAI, 13 Rabiulawal 1438H, Selasa – Lebih 200 bakal jemaah umrah terkandas susulan pembatalan penerbangan mereka ke Tanah Suci, malam tadi.

Rata-rata yang datang dari negeri seperti Johor, Perak dan Selangor sepatutnya menaiki pesawat yang disewa khas dari sebuah syarikat penerbangan, kira-kira jam 10.30 malam tadi.

Bagaimanapun, mereka dimaklumkan melalui pesanan WhatsApp bahawa penerbangan itu dibatalkan.

Mokhtar Mohamad, 62, dari Batu Pahat, Johor berkata, syarikat pengendali umrah itu beberapa kali menangguhkan penerbangan sejak 5 Disember lalu.

“Akhirnya syarikat itu beritahu kami akan berangkat ke Tanah Suci malam tadi, tetapi sebelum tiba di KLIA, penerbangan dibatalkan,” katanya dipetik Berita Harian.

Sementara itu, wakil syarikat pengendali umrah memaklumkan pihaknya sedang berusaha untuk memastikan semua jemaah dapat pergi ke Tanah Suci.

Beliau yang mendakwa masalah itu berpunca akibat masalah di Arab Saudi dan bukan akibat pengurusan syarikat itu, tidak menyatakan apakah masalah yang dihadapi itu.

The post Lebih 200 jemaah umrah terkandas, penerbangan batal appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?