Lebih 200,000 sertai himpunan desak Ahok ditangkap

Para peserta solat Jumaat

JAKARTA, 2 Rabiul Awal 1438H, Jumaat – Kira-kira 200,000 rakyat Jakarta turun menghadiri himpunan aman yang diberi nama ‘Bela Islam siri ketiga’ bermula pagi hingga jam 1 tengahari waktu tempatan.

Himpunan yang berpusat di Monas, Jakarta itu sekali lagi menuntut Gabenor Basuki Tjahaja Purnama ditangkap.

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) turut membuat kejutan dengan menghadiri himpunan tersebut bersama Wakil Presiden, Jusuf Kalla (JK).

Media melaporkan, Jokowi berasa bahawa ia satu keperluan untuk beliau menghadiri himpunan tersebut dan membolehkan beliau secara langsung menyampaikan rasa terima kasih dan penghargaan kepada peserta yang mendoakan terhadap kedamaian bangsa dan negara.

Jokowi turut bersama-sama dengan peserta menunaikan solat Jumaat di Monas.

Sementara itu, jurucakap polis, Rikwanto berkata, setakat ini, 10 orang telah ditahan di bawah artikel kanun jenayah yang meliputi konspirasi dan tindakan pengkhianatan.

“Mereka kini telah ditahan dan sedang disiasat,” kata Rikwanto. – Agensi

1b29d4be-7909-4e14-977e-7d21bf8a1661 43243a9d-872c-4e07-a8ee-f6c0015d1e61

The post Lebih 200,000 sertai himpunan desak Ahok ditangkap appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?