Lebih 4,000 syarikat miliki sijil pengesahan halal sehingga November

KUALA LUMPUR, 7 Rabiulawal 1438H, Rabu – Sebanyak 4,692 syarikat memiliki sijil pengesahan halal Malaysia sehingga November ini, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata daripada jumlah itu, hanya 26.4 peratus atau 1,244 syarikat Bumiputera dalam sektor pembuatan memiliki sijil halal berbanding bukan Bumiputera.

Asyraf Wajdi berkata, faktor yang menyebabkan berlaku perbezaan ketara itu adalah kerana jumlah bilangan Bumiputera yang menguasai sektor pembuatan rendah berbanding pengusaha bukan Bumiputera.

“Selain itu, persepsi segelintir Bumiputera yang tidak memohon adalah kerana menganggap seolah-olah permohonan sijil halal mahal, walhal untuk syarikat-syarikat kecil sebenarnya bermula serendah RM100 dan perlu perbaharui sijil dua tahun sekali.

“Malah ada juga yang tidak mencapai standard Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP),” katanya menjawab soalan Senator Datuk Mohd Suhaimi Abdullah berkenaan sejauh manakah usaha yang dijalankan bagi meningkatkan jumlah pemilikan sijil halal oleh Bumiputera.- Bernama

The post Lebih 4,000 syarikat miliki sijil pengesahan halal sehingga November appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?