Lebuh raya SMART tawar diskaun tol 10 peratus sempena Krismas

KUALA LUMPUR, 20 Rabiulawal 1438H, Selasa – Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) menawarkan diskaun tol sebanyak 10 peratus kepada semua pengguna lebuh raya itu sempena perayaan Krismas yang disambut, 25 Disember ini.

Ketua Pegawai Operasi Lebuh Raya SMART, Sharifah Alauyah Wan Othman dalam satu kenyataan hari ini berkata, pengguna lebuh raya akan menikmati diskaun berkenaan muali jam 6 pagi Ahad (25 Disember) hingga 6 pagi Isnin (26 Disember).

“Kadar tol selepas diskaun yang dikenakan hanya RM2.70 berbanding kadar biasa iaitu RM3 untuk setiap hala masuk dan keluar Kuala Lumpur.

“Diskaun tol yang diberikan ini adalah pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat SMART untuk memeriahkan sambutan Krismas tahun ini, seperti diskaun pada musim perayaan yang lain,” katanya.

Untuk sebarang maklumat lanjut, pengguna lebuh raya boleh melayari laman web SMART di http://ift.tt/2hUd882, atau di laman Facebook SMART Tunnel, Twitter @Smarttunnel atau menghubungi talian bebas tol 1300-88-7188 untuk sebarang pertanyaan. – Bernama

The post Lebuh raya SMART tawar diskaun tol 10 peratus sempena Krismas appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?