Malaysia, Algeria meterai MoU perluas kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi

idris_jusuh_1

PUTRAJAYA, 5 Rabiulawal 1438H, Isnin – Malaysia dan Algeria menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di sini, hari ini, untuk memperluas kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi dan menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan di rantau ini.              

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh mewakili kerajaan Malaysia menandatangi MoU itu manakala kerajaan Algeria diwakili Menteri Pendidikan Tinggi dan Penyelidikan Saintifik Prof Dr Tahar Hadjar.          

Idris berkata, melalui pemeteraian MoU itu kedua-dua negara bersetuju untuk bekerjasama sepenuhnya dan menyokong hubungan saintifik dan pendidikan tinggi antara institusi-institusi pendidikan tinggi.

“Dengan termeterai perjanjian selama lima tahun itu, satu joint working group ditubuhkan untuk merancang usaha-usaha yang perlu dilaksanakan di peringkat kementerian,” katanya selepas majlis menandatangi MoU itu.              

Beliau berkata Malaysia dan Algeria akan menggalakkan aktiviti seperti pertukaran staf akademik, penyelidik dan pelajar selain pertukaran pengalaman dan kepakaran dalam bidang saintifik teknikal dan pentadbiran.    

Idris berkata, Malaysia juga menawarkan 10 biasiswa kepada pelajar Algeria di bawah skim Malaysia International Scholarship (MIS) untuk belajar di sini.   

Kementerian Pendidikan Tinggi dalam kenyataannya berkata pemuktamadan MoU itu dijangka dapat mempermudah proses pengiktirafan ke atas universiti-universiti di Malaysia oleh kerajaan Algeria.

Menurut kenyataan itu, Malaysia dilihat berpotensi besar untuk menarik pelajar-pelajar dari Algeria, negara-negara Teluk yang lain serta Afrika Utara kerana kestabilan politik, ekonomi dan keharmonian interaksi sosial di samping merupakan sebuah negara Islam.

Sementara itu, Tahar berkata Algeria berminat untuk menimba pengalaman Malaysia dalam bidang pendidikan tinggi, khususnya dalam pengajian Islam. 

“Selain itu, kami mahu mempelajari dari Malaysia dalam bidang ekonomi dan kewangan Islam,” katanya. – Bernama

 

The post Malaysia, Algeria meterai MoU perluas kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?