Malaysia hantar bantuan ke Rakhine hujung tahun ini

hoputra-03

BANGI, 4 Rabiulawal 1438H, Ahad – Malaysia menerusi Kelab Putra 1Malaysia (KP1M) akan menghantar bantuan kemanusiaan kepada masyarakat minoriti Rohingya yang berlindung di kem-kem pelarian di Myanmar.

KP1M akan memasuki Rakhine selewatnya-lewatnya hujung tahun ini bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada etnik tertindas di Myanmar.

Presiden KP1M, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, sumbangan menerusi Utusan Malaysia, Lembaga Tabung Haji dan Kumpulan Media Prima Berhad (MPB) akan dihimpun sebelum dihantar ke sana.

“Saya harap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggesa kerajaan Bangladesh membuka sempadan Chittagong untuk membolehkan bantuan dihantar ke Myanmar,” katanya kepada pemberita, hari ini.

The post Malaysia hantar bantuan ke Rakhine hujung tahun ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?