Mara beri RM 30 juta untuk golongan wanita berniaga

ISMAIL SABRI YAAKOB / PERASMIAN MARA DIGITAL

KUALA LUMPUR, 1 Rabiul Awal 1438H, Khamis – Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyediakan peruntukan dana bernilai RM30 juta kepada golongan wanita untuk membiayai perniagaan yang diusahakan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Mara memberi peruntukan kerana tidak mahu golongan wanita yang mengikuti kursus jangka pendek Mara tidak memanfaatkan latihan tersebut dengan sewenang-wenangnya.

“Kita tak nak macam dulu, lepas kursus gantung sijil. Sekarang lepas dapat sijil menjahit kita bagi peralatan menjahit. Kita lakukan untuk Wanita kerana mereka pendokong paling kuat dalam Umno,” katanya.

Selain itu katanya, Mara turut memperuntukkan dana tambahan sebanyak RM5 juta untuk membimbing usahawan wanita dalam memulakan perniagaan.

“Kita akan lihat dan bincang dengan Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil. Projek usahawan besar pinjaman sehingga RM1 juta.

“Untuk usahawan kecil di bawah Kemas iaitu kursus jangka pendek kita beri peralatan untuk mereka mulakan perniagaan,” katanya.

Ismail Sabri turut mengumumkan agihan 30 peratus ruang niaga untuk usahawan wanita memasarkan produk mereka di permis perniagaan baharu Mara.

“30 peratus cadangan Pasarnita kita akan tengok tapi untuk semua premis perniagaan baharu Mara kita beri 30 peratus ruang niaga untuk mereka,” katanya.

The post Mara beri RM 30 juta untuk golongan wanita berniaga appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?