Mayat dalam tong: Penganggur didakwa bunuh kanak-kanak lelaki berusia dua tahun
SUNGAI PETANI, 6 Rabiulawal 1438H, Selasa – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di Flat Paya Nahu di sini.
Tertuduh Mohd Affandi Fauzi Ramlee, 34, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Adibah Husna Zainal Abidin.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Mohd Affandi Fauzi dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di flat berkenaan antara 8 pagi 27 Oktober hingga 2 pagi 24 November lepas.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum gantung sampai mati.
Adibah Husna kemudiannya menetapkan 22 Januari depan untuk sebutan semula kes berkenaan bagi membolehkan mahkamah mendapatkan laporan kimia dan bedah siasat.
Tertuduh juga tidak dibenarkan diikat jamin.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Izza Munirah Mansor manakala tertuduh tidak diwakili peguam.- Bernama
The post Mayat dalam tong: Penganggur didakwa bunuh kanak-kanak lelaki berusia dua tahun appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan