Menteri kata rakyat tidak perlu panik, ringgit akan pulih

KUALA LUMPUR, 19 Rabiulawal 1438H, Isnin – Nilai ringgit yang rendah seiring mata wang pasaran pesat membangun lain berbanding dolar Amerika, mempunyai kekuatan untuk pulih, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani.

“Kita tidak perlu panik. Kita mempunyai ekosistem yang boleh membetulkannya, memastikan kestabilan politik kukuh dan (berterusan) melaksanakan dasar yang tepat untuk memudahkan pelabur,” katanya ketika ditanya mengenai kejatuhan ringgit kepada 4.4805 berbanding dolar AS awal hari ini.

Tambatan ringgit atau kawalan modal tidak perlu memandangkan Malaysia merupakan ekonomi terbuka, katanya selepas menyaksikan pemeteraian perjanjian strategik antara Amanah Raya Bhd dan Kenedix Inc, Jepun.

Beliau berkata, dengan adanya semua faktor penting, ringgit akan kembali pulih.

Ringgit dan mata wang pesat membangun lain susut berbanding dolar AS berikutan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS, Rabu lepas.

Rizab Persekutuan AS juga memberi petunjuk yang akan ada lebih banyak kenaikan kadar pada 2017.

Johari berkata, jumlah kenaikan kadar faedah oleh AS bergantung kepada dasar dilaksanakan Presiden baharu, Donald Trump dan Malaysia perlu menunggu perkembangannya. -Bernama

The post Menteri kata rakyat tidak perlu panik, ringgit akan pulih appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?