Mesir hantar 200 pegawai, penasihat tentera bantu rejim Syria

KAHERAH, 8 Rabiulawal 1438H, Khamis – Rejim Presiden Mesir Abdel Fattah el-Sisi dilaporkan menghantar 200 pegawai dan penasihat tentera bagi membantu rejim Syria, lapor akhbar Jordan Assabeel, semalam.

Memetik laporan akhbar Lubnan Al-Akhbar, yang rapat dengan Hezbollah, Assabeel berkata, pegawai dan penasihat tentera Mesir ditempatkan di beberapa pusat, termasuk di ibu pejabat rejim Bashar Al-Assad di Damascus.

Akhbar itu melaporkan, pelan penempatan pegawai dan penasihat tentera Mesir itu dibuat selepas lawatan rasmi Ketua Biro Keselamatan Kebangsaan Syria, Brigadier Jeneral Ali Mamlook dan pegawai kanan perisikan di Kaherah.

Akhbar itu juga melaporkan Russia yang menjadi sekutu kuat rejim Assad menyokong kerjasama Mesir dan Syria. – Agensi

The post Mesir hantar 200 pegawai, penasihat tentera bantu rejim Syria appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?