Mesir tuduh Ikhwanul Muslimin dalang serangan gereja

KAHERAH, 13 Rabiulawal 1438H, Selasa – Kementerian Dalam Negeri Mesir menuduh pemimpin Ikhwanul Muslimin menjadi dalang dalam pengeboman gereja Ahad lalu di ibu kota negara itu.

Kementerian itu mendakwa, Ikhwanul Muslimin telah menerima bantuan kewangan dan logistik serta arahan untuk melancarkan serangan oleh pemimpin pertubuhan itu yang menetap di Qatar.

Presiden Abdel Fattah al-Sisi menamakan suspek, Mahmoud Shafik Mohamed Mostafa, 22, sebagai pengeboman nekad ketika majlis pengebumian mangsa awal semalam.

Menerusi siasatan pihak berkuasa Mesir, Mostafa ditahan pada 2014 ketika mengiringi konvoi Ikhwanul Muslimin dengan bersenjata dan beliau dibebaskan pada Mei tahun sama.

Mesir mendakwa, ketika siasatan, pihak berkuasa menemui dua tali pinggang diikat dengan peranti letupan yang sedia diletupkan.

Selain itu terdapat bahan lain yang digunakan untuk menghasilkan bahan letupan, di tempat persembunyian digunakan Mostafa dan kumpulannya.

Bagaimanapun, Ikhwanul Muslimin menafikan sebarang pembabitan dengan letupan di gereja berkenaan.

Serangan gereja pada Ahad lalu berlaku ketika upacara keagamaan kelmarin di gereja yang bersambung dengan Gereja Besar Saint Mark, kerusi diduduki Pope Coptic Tawadros II. – Agensi

The post Mesir tuduh Ikhwanul Muslimin dalang serangan gereja appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?