MOM kekal pendirian tidak halang Myanmar sertai Sukan SEA

11liow-transformed

BANGI, 6 Rabiulawal 1438H, Selasa – Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tetap dengan pendiriannya untuk tidak menghalang penyertaan Myanmar pada Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur walaupun menerima desakan daripada pelbagai pihak berikutan kekejaman berterusan rejim junta ke atas etnik Rohingya.

Setiausaha Agung MOM, Datuk Low Beng Choo, berkata di bawah piagam Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) jelas menyebut hal politik tidak boleh dicampuradukkan dengan sukan.

“Presiden MOM, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar sudah menyatakan pendirian dalam hal ini dan kita kekal dengan pendirian berkenaan. Kita tidak boleh campur adukkan politik dan sukan.

“Kita tidak mahu ada diskriminasi berkenaan hal yang membabitkan sukan disebabkan kemelut politik…kita tidak boleh jadikan sukan sebagai mangsa,” kata Beng Choo lapor sebuah portal tempatan.

Dalam pada itu, Beng Choo berkata, MOM tidak akan mengusulkan sebarang cadangan bagi membatalkan penyertaan Myanmar dalam mana-mana mesyuarat termasuk dengan SEAGF namun terpulang jika ia dibangkitkan oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA 2017 Lumpur yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

“Jika membabitkan jawatankuasa penganjur, biarlah ia dijawab oleh menteri. MOM kekal dengan pendirian untuk tidak menghalang penyertaan Myanmar,” katanya.

Sebelum ini, Yayasan Kebajikan Atlet Malaysia (YAKEB) mendesak MOM supaya mengusulkan kepada Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) agar membatalkan penyertaan Myanmar di Sukan SEA 2017.

Pengerusi YAKEB, Datuk Malek Noor berkata, langkah itu sebagai menunjukkan tanda solidariti Malaysia di dalam membantah kekejaman berterusan rejim junta Myanmar terhadap etnik Rohingya di negara itu.

The post MOM kekal pendirian tidak halang Myanmar sertai Sukan SEA appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?