Negeri Sembilan umum pemberian khas RM500 kepada kakitangan

mohamad_hasan

SEREMBAN, 5 Rabiulawal 1438H, Isnin – Pemberian khas RM500 kepada lebih 6,000 kakitangan awam di Negeri Sembilan termasuk mereka yang berkhidmat di badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT), akan dibayar akhir bulan ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pemberian khas itu sebagai menghargai jasa dan khidmat bakti atas kecemerlangan kakitangan awam dalam menyempurnakan tugasan dengan baik.

“Saya ingin terus menyeru kepada semua penjawat awam di negeri ini untuk lebih proaktif, bersedia menawarkan perkhidmatan dan mendengar sendiri keluh-kesah rakyat,” katanya ketika membentangkan Bajet 2017 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, Isnin.

Mohamad berkata, penjawat awam di negeri ini adalah tulang belakang kepada kejayaan perancangan yang disediakan kerajaan.

“Bagi pihak kerajaan negeri, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ke atas daya usaha semua penjawat awam di negeri ini yang telah bersama-sama menggalas amanah untuk memakmurkan negeri dan mensejahterakan rakyat,” katanya. – Bernama

The post Negeri Sembilan umum pemberian khas RM500 kepada kakitangan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?