NGO gesa kerajaan usul mesyuarat tergempar Asean isu Rohingya

An internally displaced Rohingya woman holds her newborn baby surrounded by children in the foreground of makeshift tents at a camp for Rohingya people in Sittwe, northwestern Rakhine State, Myanmar. Authorities in Myanmar's western Rakhine state have imposed a two-child limit for Muslim Rohingya families, a policy that does not apply to Buddhists in the area and comes amid accusations of ethnic cleansing in the aftermath of sectarian violence. (AP Photo/Gemunu Amarasinghe)

BANGI, 7 Rabiulawal 1438H, Selasa – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Jalur Tiga Malaysia (Jati) menggesa kerajaan mencadangkan kepada mesyuarat tergempar Menteri-menteri Luar Asean untuk membuat pendirian dan menuntut kerajaan Myanmar menghentikan kekejaman mereka.

Presiden Jati, Prof Datuk Dr Mohd Zainul Fithri Othman berkata, langkah itu perlu dibuat bagi memastikan nasib etnik Rohingya terbela dan terpelihara.

“Kami mahu mesyuarat tergempar diadakan segera dan membuat satu keputusan serius terhadap Myanmar seperti menggantung Myanmar dari negara Asean sehingga permasalahan etnik Rohingya di Myanmar dapat diselesaikan,” katanya lapor portal berita tempatan.

Dalam masa yang sama, pihaknya turut meminta kerajaan sebagai salah satu anggota majlis keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menyatakan kebimbangan pembunuhan beramai-ramai serta ‘ethnic cleansing’ yang dilakukan oleh tentera junta ke atas umat Islam di Myanmar.

“Adakah mereka melihat pembunuhan beramai-ramai, membakar rumah-rumah serta penghuninya dan membunuh serta membakar kanak-kanak hidup-hidup sebegitu adalah perkara remeh yang tidak perlu diberi perhatian?” soalnya.

Selain itu, beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap pelarian Rohingya yang tidak boleh mendapatkan pekerjaan untuk menyara hidup mereka di sini, anak-anak mereka tidak mendapat peluang pendidikan serta perkhidmatan kesihatan yang sempurna berikutan Malaysia tidak menandatangani Konvensyen Orang Pelarian PBB 1951.

The post NGO gesa kerajaan usul mesyuarat tergempar Asean isu Rohingya appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?