NGO terima dana asing boleh disiasat, kata Nur Jazlan

nur-jazlan

BANGI, 6 Rabiulawal 1438H, Selasa – Kerajaan boleh menyiasat mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) atau kumpulan masyarakat sivil jika disyaki menerima dana asing.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, NGO boleh disiasat jika dana asing yang diterima mereka mempunyai kaitan dengan rancangan untuk terlibat politik, yang boleh memudaratkan demokrasi berparlimen di Malaysia.

“Undang-undang tidak membenarkan NGO untuk terlibat dalam aktiviti politik, jadi jika mereka disyaki melakukan perkara tersebut, maka mereka boleh disiasat,” katanya seperti dilapor portal The Star, hari ini.

Merujuk situasi Arab Spring yang berlaku pada 2010, Nur Jazlan berkata, ia bukan perkara luar biasa bagi kerajaan untuk digulingkan oleh kumpulan masyarakat sivil sebagai NGO yang dijadikan proksi untuk kepentingan individu tertentu.

“Pertubuhan seperti Malaysiakini dan Majlis Peguam juga menerima pembiayaan. Jika dana itu benar-benar digunakan untuk objektif masyarakat awam, ia tidak mengapa.

“Tetapi, jika ia digunakan untuk tujuan lain, maka pihak polis mempunyai hak untuk menyiasat mereka dan membawa perkara itu ke mahkamah,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah ditahan mengikut Akta Kesalahan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) pada 18 November, malam sebelum Perhimpunan Bersih 5 diadakan berikutan menerima dana asing.

Selain siasatan terhadap pemimpin Bersih itu, polis turut menyerbu pejabat Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) kerana disyaki menerima dana Open Society Foundation (OSF) yang diasaskan oleh penyangak matawang, George Soros.

Mengulas lanjut Nur Jazlan berkata, Bersih berbeza kerana NGO itu tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), sebaliknya di bawah Akta Syarikat.

“Bersih didaftarkan di bawah sebuah syarikat pengiklanan untuk menggalakkan aktiviti yang memudaratkan, maka mereka boleh didakwa mengikut Kanun Keseksaan.

“Malaysia telah membenarkan masyarakat sivil beroperasi secara terbuka tetapi mereka seolah-olah tidak menghormati undang-undang dan berselindung di sebalik alasan politik untuk menyembunyikan niat sebenar mereka,” katanya.

The post NGO terima dana asing boleh disiasat, kata Nur Jazlan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?