PAS mahu Najib perjelas kehadiran Panglima ATM ke Myanmar

BANGI, 7 Rabiulawal 1438H, Rabu – Kunjungan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Myanmar untuk memulihkan hubungan kedua-dua negara disifatkan sebagai bertentangan dengan sikap tegas Datuk Seri Najib Razak terhadap Muslim Rohingya pada Himpunan Solidariti Ummah, Ahad lalu, kata PAS.

Naib Presiden parti Islam itu, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Perdana Menteri perlu memberi penjelasan kepada rakyat mengapa Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hadir ke Myanmar untuk memulihkan hubungan Malaysia dan Myanmar.

“Akhbar Myanmar Times melaporkan Panglima Angkatan Tentera itu berada di negara itu untuk memulihkan hubungan kedua-dua negara.

“Ini amat bertentangan dengan sikap tegas beliau pada himpunan di Kuala Lumpur Ahad lepas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada himpunan yang turut disertai kira-kira 10,000 orang itu, Najib menganggap masalah Muslim Rohingya sebagai isu kemanusiaan yang wajib diperjuangkan.

Bukan sekadar itu, Najib juga berkata bahawa beliau tidak kisah jika ketegasan Malaysia dalam isu Rohingya akan menjejaskan hubungan dengan Myanmar.

Bagaimanapun, Iskandar berkata, sikap ditunjukkan panglima ATM yang ingin memperbaiki hubungan kedua-dua negara itu tidak akan memberi tekanan pada Myanmar, malah dilihat tidak serius memperjuangkan nasib Rohingya.

“Kecuali jika panglima ATM ke sana adalah untuk memberi amaran kepada pemerintah Myanmar,” katanya.

BERITA BERKAITAN:

Najib main wayang kulit di Himpunan Solidariti Ummah?

The post PAS mahu Najib perjelas kehadiran Panglima ATM ke Myanmar appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?