PAS setia pada Perlembagaan Persekutuan

BANGI, 8 Rabiulawal 1438H, Khamis – PAS tetap bertegas menghormati amalan Perlembagaan Persekutuan atau ‘konvensyen’ yang memilih Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri daripada orang Melayu-Islam.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, amalan tersebut telah menjadi ‘tradisi’ sejak Perlembagaan Persekutuan diguna pakai pada tahun 1957 lagi.

“PAS mengambil pendekatan untuk teruskan amalan itu kerana kita mahu institusi perdana menteri ini dari orang Melayu-Islam.

“Mengenai kabinet bayangan tersebut, kita tidak kisah siapa yang buat kerana apa yang penting PAS tetap bertegas untuk hormati amalan sebagaimana yang dijelaskan.

“Malah bukan sahaja PAS, parti-parti lain juga perlu menyokong amalan tersebut walaupun tiada ketetapan di dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai siapa yang boleh diangkat menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri” katanya lapor Sinar Harian semalam.

Beliau mengulas mengenai senarai barisan Kabinet yang dinamakan Barisan Kerajaan Baru 2017 Pakatan Harapan yang viral di media sosial.

Turut tersenarai ialah 22 nama pemimpin pembangkang serta portfolio masing-masing antaranya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Guan Eng, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Nga Kor Ming, Mahfuz Omar, Tony Pua, Gobind Singh Deo, Anthony Loke, Tian Chua, Khalid Samad dan Rafizi Ramli.

The post PAS setia pada Perlembagaan Persekutuan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?