PBB akan hantar pemerhati ke Aleppo

NEW YORK, 19 Rabiulawal 1438H, Isnin – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan akan menghantar wakil ke Aleppo untuk memantau pemindahan orang awam di kawasan yang dikuasai pemberontak kerajaan negara itu.

Duta Amerika Syarikat ke PBB, Samantha Power memberitahu, pemerhati akan dipilih melalui undi berkaitan draf resolusi Perancis.

“Kami akan mengundi sebulat suara untuk teks ini hari ini pada jam 9 waktu tempatan,” katanya.

Sebelum ini pertubuhan itu menyatakan pengundian sepatutnya dibentangkan semalam tetapi ditangguhkan hingga hari ini bagi membolehkan delegasi Russia berunding dengan Moscow pada resolusi draf akhir.

Resolusi ini memperuntukkan pemerhati PBB dan antarabangsa yang lain dihantar ke timur Aleppo.

Selain itu, Menteri Luar Perancis, Jean-Marc Ayrault turut menyatakan bahawa pengundian ini adalah suatu yang sangat penting.

“Resolusi ini telah digubal selepas rundingan intensif kerana matlamat kami adalah mendapat keputusan.

“Jadi tidak semestinya untuk mendapatkan 100 peratus perjanjian daripada teks kerana matlamat kami ke arah itu adalah lebih penting,” katanya. – Agensi

The post PBB akan hantar pemerhati ke Aleppo appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?