Pelajar hilang ketika perkhemahan di Sungai Chiling

queue-ticket-counter

KUALA LUMPUR, 3 Rabiul Awal 1438H, Sabtu –  Seorang pelajar tingkatan dua yang menyertai perkhemahan di Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, dilaporkan hilang awal hari ini.             

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kehilangan Anis Fatihah Hishamuddin, 14, pada pukul 3.20 pagi.

“Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu kini terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR),” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.   

Mohd Sani berkata, gerakan SAR dilakukan di kawasan sekitar tapak perkhemahan itu namun Anis Fatihah masih belum dijumpai dan sehingga kini pencarian diperluaskan dengan bantuan Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM).         

Beliau berkata, operasi SAR dilakukan di laluan darat dan sungai turut dibantu unit penyelam dari lubuk air terjun Sungai Chiling.

“Ini kerana kami ada menemui sepasang telekung dan kasut sebelah kiri dipercayai milik pelajar itu di kawasan berkenaan…keluarganya mengesahkan barangan itu merupakan milik Anis,” katanya.     

Difahamkan, seramai 47 pelajar menyertai perkhemahan itu anjuran Biro Agama UMNO Bahagian Bandar Tun Razak. – Bernama

 

The post Pelajar hilang ketika perkhemahan di Sungai Chiling appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?