Pembatalan caj baharu visa: Malaysia tunggu kenyataan rasmi kerajaan Arab Saudi

jamil-khir

BANGI, 6 Rabiulawal 1438H, Selasa – Kerajaan akan merujuk dengan Arab Saudi bagi mendapatkan pengesahan rasmi berhubung laporan akhbar negara itu mengenai pembatalan caj baharu visa haji dan umrah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, setakat ini pihaknya masik belum menerima sebarang kenyataan rasmi daripada kerajaan negara itu.

Bagaimanapun katanya, perkembagan mengenai laporan itu akan dihebahkan kepada umum bagi mengelakkan salah faham.

“Saya mohon orang Islam negara ini supaya bertenang terlebih dahulu dan memberi kami ruang untuk mendapatkan pengesahan daripada Kerajaan Arab Saudi.

“Kita menunggu keputusan sebab kita tidak mahu masyarakat yang mahu laksana ibadah umrah dan haji mendapat maklumat yang tidak pasti… kita tunggu kenyataan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Sebelum ini, laporan media negara itu memetik pemimpin Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz mengistiharkan pembatalan caj baharu visa haji dan umrah mulai tahun ini susulan protes dari warga Mesir dan negara Islam lain kerana dianggap mahal.

The post Pembatalan caj baharu visa: Malaysia tunggu kenyataan rasmi kerajaan Arab Saudi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?