Penduduk terjejas banjir di Perak cecah lebih 100
IPOH, 5 Rabiulawal 1438H, Isnin – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Perak terus meningkat kepada 109 orang setakat jam 7 pagi ini, berbanding 88 orang malam tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, 71 mangsa dari Kampung Padang Serai, Manjung kini mereka ditempatkan di Sekolah Rendah Agama Rakyat Kampung Padang Serai.
Sementara itu, 38 lagi dari Kampung Pengkalan Ara dekat Sungai Manik daerah Hilir Perak ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Ara.
Banjir di kedua-dua kampung itu adalah akibat hujan berterusan sejak beberapa hari lalu sehingga menyebabkan air bertakung dan ketika ini cuaca mendung.- Bernama
The post Penduduk terjejas banjir di Perak cecah lebih 100 appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan