Pengeluaran kad UNHCR warga Myanmar perlu dikaji semula: Shahidan

ym_shahidan1_0906_640_428_100

KUALA LUMPUR, 7 Rabiulawal 1438H, Rabu – Pengeluaran kad Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang dikeluarkan kepada warga Myanmar perlu dikaji semula, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata, ia bagi memastikan kad itu hanya dikeluarkan kepada etnik Rohingya beragama Islam yang berada di negara ini.

“Sekarang ini saya nak minta kepada pihak Majlis Keselamatan (Negara) melihat balik kad yang dikeluarkan oleh UNHCR yang sepatutnya dikeluarkan kepada orang-orang Rohingya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam.

Shahidan bimbang jika pemegang kad UNHCR itu turut terlibat melakukan kekejaman terhadap etnik Rohingya di Wilayah Rakhine.

Katanya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu menjalankan siasatan terutama terhadap Menteri Luar dan Kaunselor Negara Myanmar Aung San Suu Kyi kerana membiarkan kekejaman berlaku di daerah itu.

“Dia (Aung San Suu Kyi) kena ingat, dia sendiri harus dilihat sama ada layak atau tidak mendapat Hadiah Nobel Keamanan. Saya tidak sangka yang kononnya memperjuangkan kemanusiaan tetapi membiarkan kekejaman berlaku kepada negerinya sendiri,” kata Shahidan. – Bernama

The post Pengeluaran kad UNHCR warga Myanmar perlu dikaji semula: Shahidan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?