Penjual biskut berasap ‘Dragon Breath’ tutup operasi

ALOR SETAR, 20 Rabiulawal 1438H, Selasa – Jabatan Kesihatan Kedah memaklumkan, dua premis yang menjual biskut berasap ‘Dragon Breath’ di sini telah menutup operasi.

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, langkah itu dipercayai bagi mengelak dikenakan tindakan selepas jabatan berkenaan melakukan pemeriksaan, susulan aduan daripada pengguna.

“Selepas mendapat aduan, kami menghantar pegawai ke kawasan Stadium Darulaman dan Bandar Baru Mergong. Bagaimanapun, kami mendapati kedua-dua premis terbabit telah berhenti operasi.

“Kami berpendapat pengendali kedai itu mengambil langkah itu bagi mengelakkan tindakan yang akan dikenakan selepas isu itu menjadi viral,” katanya.

Dr Norhizan berkata, pihaknya akan terus memantau keadaan.

Kelmarin, seorang remaja lelaki melecur tapak tangan dan sakit di bahagian mulut serta tekak selepas makan biskut berasap ‘Dragon Breath’ yang dijual di sebuah bazar di sini.

The post Penjual biskut berasap ‘Dragon Breath’ tutup operasi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?