Pesawat terhempas: Kerajaan akan senarai hitam syarikat gagal main peranan dalam aset ketenteraan

KUALA LUMPUR, 22 Rabiulawal 1438H, Khamis – Kementerian Pertahanan tidak teragak-agak untuk menyenarai hitamkan syarikat-syarikat yang mendapat kontrak kerajaan, namun gagal dalam memainkan peranan yang sewajarnya.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi amaran itu susulan kejadian pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Beechcraft B-200T terhempas di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang petang semalam.

Beliau menggesa kerjasama rapat antara TUDM, kementeriannya dan organisasi sektor swasta yang dipertanggungjawabkan untuk berkhidmat kepada aset ketenteraan negara.

“Ia adalah satu-satunya cara memastikan keselamatan anggota kita.

“Jika syarikat-syarikat yang hanya mengaut keuntungan daripada kontrak kerajaan dan tidak menghormati peranan mereka dalam perjanjian itu, saya akan menyenarai hitam mereka,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Katanya, beliau telah mengarahkn Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang untuk mengetuai siasatan terhadap kemalangan itu.

“Ini bukan kes terpencil; terdapat beberapa insiden sama sebelum ini, jadi kita perlu memberi perhatian bagi memastikan aset kita selamat,” katanya.

Kemalangan yang mengorbankan juruterbang pesawat, Kayamboo, 45, adalah kejadian pertama membabitkan B-200T, sejak digunakan TUDM pada 1994.

The post Pesawat terhempas: Kerajaan akan senarai hitam syarikat gagal main peranan dalam aset ketenteraan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?