Petisyen minta tarik balik Hadiah Nobel Keamanan Aung Ang Suu Kyi

BANGI, 8 Rabiulawal 1438H, Khamis – Satu laman web petisyen menjadi platform masyarakat dunia untuk untuk mendesak penarikan balik Hadiah Nobel Keamanan yang diterima Kaunselor Negara Myanmar, Aung Ang Suu Kyi. 

Petisyen itu menggesa Akademi Sweeden menarik balik anugerah itu daripada Suu Kyi kerana dilihat gagal menangani kezaliman dan penindasan ke atas etnik Rohingya di negara Myanmar.

“Memandangkan apa yang sedang berlaku, saya percaya tindakan ini adalah satu perkara yang adil dan betul untuk dilakukan,” antara komen petisyen itu yang dibuat oleh pemilik akaun bernama Idris

Selain itu, pemilik akaun bernama Zailani Mahmud pula memberi komen, Suu Kyi telah melakukan tindakan yang bertentangan dengan prinsip keamanan dan kemanusian sekaligus tidak melayakkan dirinya menerima anugerah berkenaan.

Abdullah Ahmad pula memberi komen, dunia telah ditipu oleh seorang wanita yang berjuang untuk menyelamatkan diri sahaja.

“Suu Kyi bukan pejuang yang sebenar bagi hak asasi manusia dan pencinta kedamaian,” tulisnya.

Setakat berita ini ditulis, petisyen berkenaan telah mendapat 1,861 sokongan yang majoritinya daripada rakyat Malaysia.

http://ift.tt/2hn0xJm

 

The post Petisyen minta tarik balik Hadiah Nobel Keamanan Aung Ang Suu Kyi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?