Petronas kurangkan 20,000 tong minyak mentah sehari mulai tahun depan
BANGI, 21 Rabiulawal 1438H, Rabu – Petronas akan mengurangkan sehingga 20,000 tong sehari (bpd) minyak mentah daripada pengeluaran purata negara pada 2016 bermula Januari depan.
Syarikat minyak nasional itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, pelarasan secara sukarela ini mengambil kira keadaan dan prospek pasaran semasa.
“Langkah ini juga merupakan hasil daripada persetujuan yang dicapai di Vienna, Austria, pada 10 Disember 2016 antara Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (Opec) dan pengeluar bukan OPEC.
“Mesyuarat itu bersetuju bahawa anggota bukan Opec akan mengurangkan 558,000 bpd selama enam bulan mulai 1 Januari 2017,” katanya.
Terdahulu, Petronas telah menyatakan komitmennya untuk menyelaraskan pengeluaran minyak mentah untuk mengurangkan bekalan global. – Bernama
The post Petronas kurangkan 20,000 tong minyak mentah sehari mulai tahun depan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan