PM Iraq janji bebaskan Mosul dari IS

Iraqi-Prime-Minister-Haidar-al-Abadi

MOSUL, 1 Rabiulawal 1438H, Khamis – Perdana Menteri Iraq, Haidar al-Abadi memberi jaminan bahawa kerajaan negara itu akan menguasai semula Mosul sebelum akhir tahun ini sekaligus menyelar pendapat gabungan antarabangsa yang menjangkakan konflik di bandar itu mengambil masa lama.

Beliau berkata, militan IS kini dilihat kehilangan motif dan keberanian untuk meneruskan tindakan mereka memerangi tentera Iraq.

Malah, Haidar turut menafikan sebarang perubahan demografi di zon yang dipulihkan di Iraq.

Beliau berkata demikian susulan selepas pasukan bersama, dibantu tentera udara menghalang serangan militan IS di bandar al-Sada dan Bawiza di utara Mosul.

Pertempuran untuk mengembalikan Mosul dan membebaskan bandar itu dari militan IS kini memasuki fasa sukar sejak beberapa minggu lalu.- Agensi

The post PM Iraq janji bebaskan Mosul dari IS appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?