Pusat pemindahan banjir di Dungun ditutup

41476547513_persediaanbanjir

KUALA TERENGGANU, 4 Rabiulawal 1438H, Ahad – Satu-satunya pusat pemindahan banjir di Terengganu yang dibuka di Balairaya Kampung Cacar Baru dekat Paka di Dungun, ditutup pada 4 petang tadi.

Pemangku Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Rusmi Mahmood berkata kesemua 20 mangsa di pusat pemindahan itu dibenarkan pulang setelah air yang bertakung di rumah mereka surut sepenuhnya petang ini.

Kesemua mangsa terdiri daripada enam kanak-kanak lelaki, empat kanak-kanak perempuan serta masing-masing lima lelaki dewasa dan perempuan dewasa, katanya ketika dihubungi Bernama.

“Alhamdulillah, kerja-kerja pembersihan dijalankan Jabatan Pengairan dan Saliran telah pun siap dan aliran air kini tidak lagi tersekat sekali gus membolehkan air bertakung di rumah lima keluarga tersebut surut dengan cepat. 

“Kami berharap saliran air terus lancar dan tidak menyebabkan rumah mereka ditenggelami air sekiranya hujan lebat pada masa akan datang,” katanya.- Bernama

The post Pusat pemindahan banjir di Dungun ditutup appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?