Rakyat Myanmar dihalang bekerja di Malaysia
YANGON, 7 Rabiulawal 1438H, Rabu – Myanmar mengharamkan rakyatnya untuk bekerja di Malaysia berikutan hubungan dingin antara negara jiran itu ekoran bantahan berterusan berhubung isu penindasan terhadap etnik Rohingya.
Langkah itu dibuat selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membidas pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi kerana membenarkan pembunuhan beramai-ramai berlaku ke atas etnik minoriti negara tersebut, dalam himpunan Solidariti Ummah yang dianjurkan Ahad lalu, di Kuala Lumpur.
Memetik laporan agensi berita AFP, Kementerian Imigresen Myanmar sebagai berkata, pihaknya telah menghentikan pengeluaran baru untuk rakyatnya yang mahu bekerja di Malaysia, di mana menjadi negara utama bagi sektor buruh asing.
“Myanmar telah menghentikan penghantaran pekerja ke Malaysia buat sementara waktu mulai 6 Disember 2016 ekoran keadaan semasa yang berlaku di Malaysia,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan, semalam.
Malaysia menjadi negara utama bagi ribuan pekerja Myanmar, yang sebahagian besarnya berkhidmat di sektor buruh, industri makanan, kilang dan hospitaliti.- Agensi
The post Rakyat Myanmar dihalang bekerja di Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan