Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
KUALA LUMPUR, 28 Rabiulawal 1438H, Rabu – Ringgit ditutup rendah, berbanding dolar AS hari ini apabila minat pelabur beralih kepada dolar AS susulan pengumuman data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh.
Pada jam 6 petang, unit tempatan diniagakan pada 4.4800/4840 berbanding dolar AS daripada 4.4760/4810 pada Selasa.
Seorang peniaga berkata, data ekonomi kukuh daripada AS mengukuhkan lagi jangkaan Rizab Persekutuan akan lebih agresif dalam dasar monetarinya tahun depan.
“Data baharu dari AS menunjukkan keyakinan pengguna mencecah paras tertinggi dalam tempoh 15 tahun pada Disember. Data seterusnya untuk dipantau adalah senarai gaji AS yang dijadualkan pada 6 Jan, 2017,” katanya.
Bagaimanapun, berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan tinggi.
Unit tempatan itu naik berbanding yen kepada 3.8069/8113 daripada 3.8168/8214 pada Selasa.
Ringgit meningkat berbanding pound British kepada 5.4862/4929 daripada 5.4921/4995 pada Selasa dan naik berbanding euro kepada 4.6758/6808 daripada 4.6770/6831 sebelumnya. – Bernama
The post Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan