Russia, China tolak resolusi gencatan senjata di Aleppo

syria2

NEW YORK, 6 Rabiulawal 1438H, Selasa – Russia dan China hari ini menggunakan kuasa veto menolak resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menuntut gencatan senjata tujuh hari di Aleppo, Syria.

Russia yang menjadi sekutu rejim Bashar Al-Assad memberi alasan gencatan senjata itu akan memberi peluang kepada pejuang untuk menyusun semula gerakan mereka.

Ini adalah kali keenam Russia menggunakan kuasa veto terhadap resolusi Majlis Keselamatan sejak konflik Syria bermula pada 2011 lalu dan kali kelima China menghalang langkah berkenaan.

Venezuela juga mengundi menentang teks gencatan senjata disediakan New Zealand, Mesir dan Sepanyol, manakala Angola berkecuali. Sebelas lagi negara mengundi menyokong.

PBB berkata, 200,000 penduduk mungkin terperangkap di kawasan dikuasai penentang rejim Assad di sekitar Aleppo dengan makanan dan bantuan kemanusiaan kurang. – Agensi

The post Russia, China tolak resolusi gencatan senjata di Aleppo appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?