Samakah pemimpin Malaysia dengan Turki?

frvf

KRISIS kekejaman dan penindasan terhadap minoriti Islam Rohingya kini membuka mata kebanyakan negara-negara Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Rata-rata umat Islam menunjukkan solidariti mereka terhadap apa yang berlaku kepada etnik Rohingya dengan pelbagai usaha termasuk mengadakan perhimpunan membantah kekejaman rejim Myanmar.

Malaysia juga tidak ketinggalan dalam mengadakan beberapa himpunan solidariti terhadap penindasan Rohingya termasuk kenyataan desakan dan simpati oleh pemimpin Kabinet, juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Tidak dinafikan, usaha yang dianjurkan adalah baik. Namun, cukupkah sekadar mengeluarkan kenyataan desakan semata? Adakah ia cukup memadai untuk membawa perubahan terhadap kekejaman yang sedang berlaku di sana?

Berbeza dengan pendekatan yang ditonjolkan Turki, bekas Perdana Menterinya, Ahmet Davutoglu mengambil pendekatan yang lebih dekat di hati apabila beliau dilihat ‘turun padang’ mendekati kumpulan minoriti itu.

Menerusi video berdurasi 3 minit 40 saat itu menunjukkan Devutoglu melawat kawasan penempatan Rohingya di Rakhine dan memberikan bantuan kepada etnik itu.

Ketibaan Davutoglu disambut oleh ratusan penduduk Rohingya yang berpusu-pusu untuk berjabat tangan dan memeluk pemimpin Turki itu sambil menitiskan air mata.

Kehadirannya seolah-olah membawa harapan kepada kumpulan minoriti tersebut supaya segala penindasan dan kekejaman yang dilakukan rejim Myanmar terhadap mereka dihentikan.

Video itu adalah lawatannya pada tahun 2013, ketika beliau memegang jawatan sebagai Menteri Luar Turki bersama dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Lawatan Davutoglu ke rantau itu adalah kali kedua selepas kedatangannya bersama dengan Recep Tayyip Erdogan sebagai Perdana Menteri Turki ketika itu pada Ogos 2012.

Mungkin sudah tiba masanya Perdana Menteri kita bertindak lebih agresif dalam menyelesaikan isu ini dan tidak hanya mengeluarkan ‘sepatah dua kata’ dengan harapan kerajaan di sana akan mengubah tindakan kejam mereka.

Wartawan Ismaweb

Athirah Huda Zalhe

The post Samakah pemimpin Malaysia dengan Turki? appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?