Sindiket seleweng LPG tumpas, RM2 juta dirampas

lpg

PELABUHAN KLANG, 1 Rabiul Awal 1438H, Khamis – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berjaya mematahkan satu sindiket penyelewengan Gas Petroleum Cecair (LPG) bersubsidi terbesar yang membabitkan rampasan lebih RM2 juta di sebuah stor haram di sini, malam tadi.

Timbalan Pengarah kementerian (Cawangan Operasi Khas), Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, serbuan yang dilakukan kira-kira pukul 8.45 malam itu turut menahan tujuh individu termasuk seorang penyelia stor tersebut.

“Serbuan dilakukan hasil risikan selama empat hari ke atas stor tersebut yang dipercayai menjalankan aktiviti decanting atau pemindahan gas dari tong gas 14 kilogram (kg) kepada tangki berkapasiti 27,000 kg dan tong 50 kg,” katanya ketika ditemui pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, sindiket yang telah beroperasi sejak setahun lalu dipercayai turut mengeksport ke negara jiran selain untuk pasaran tempatan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mereka dipercayai bersengkongkol dengan dua syarikat pemborong berlesen sah bagi membolehkannya mengambil bekalan terus dari pelabuhan dengan menggunakan dokumen milik syarikat berkenaan.

The post Sindiket seleweng LPG tumpas, RM2 juta dirampas appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?