SPAD cadang bas ekspres pasang CCTV, penghad kelajuan

KUALA LUMPUR, 28 Rabiulawal 1438H, Rabu – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengesyorkan agar pengusaha syarikat bas memasang CCTV  dan  penghad kelajuan dalam kenderaan mereka.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, syarikat bas perlu mengambil tindakan memasang keperluan itu di kenderaan masing-masing, susulan kejadian nahas bas ekspres di Johor yang mengorbankan 14 penumpang, Sabtu lalu.

Katanya, bas baharu yang diperkenalkan di pasaran perlu ada pengehad kelajuan pasang siap, tetapi setakat ini banyak yang masih belum dilengkapi dengan teknologi itu.

“Banyak bas lama tidak dapat dipasang dengan pengehad kelajuan kerana menggunakan teknologi lama, tetapi tidak ada alasan untuk pengeluar bas pada tahun terkini tidak memasangnya.

“Masalahnya ialah, cuba lihat berapa banyak bas sedia ada sudah memasangnya, dan berapa yang belum. Dan bila kemalangan berlaku, ia biasanya kerana mereka tidak mematuhi peraturan dan syarat keperluan SPAD,” katanya dipetik The Sun, hari ini.

Terdahulu Ogos 2013, Syed Hamid dilaporkan pernah berkata, SPAD melihat kemungkinan untuk menguatkuasakan pemasangan CCTV, GPS dan kamera DVR di papan pemuka untuk bas ekspres dan bas persiaran, susulan kemalangan bas di Genting Highland yang mengorbankan 37 penumpang pada 21 Ogos tahun itu.

“Cadangan itu boleh dilaksanakan tetapi kita perlu menjalankan kajian terperinci bagaimana untuk memasangnya.

“CCTV, penjejak GPS dan DVR daripada bas boleh membantu untuk memantau tingkah laku pemandu dan nilai apa yang benar-benar berlaku ketika kemalangan,” katanya. 

The post SPAD cadang bas ekspres pasang CCTV, penghad kelajuan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?