SPRM sahkan siasatan terhadap individu berpengaruh di Kelantan

KOTA BAHRU, 10 Rabiulawal 1438H, Sabtu – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sedang menyiasat beberapa kes berprofil tinggi melibatkan penjawat awam serta individu yang penting dan berpengaruh di negeri ini.

Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Moh Samsudin Yusuf berkata, siasatan terbabit melibatkan lebih daripada tiga kes yang menjejaskan hasil kerajaan serta melibatkan penyelewengan bernilai jutaan ringgit.

“Lebih daripada tiga kes yang kita sedang menjalankan penyiasatan peringkat awal dan ia berprofil tinggi,” kata Moh ketika ditemui pada majlis Hari Anti Rasuah Antarabangsa Peringkat Negeri Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke IV di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, antara kesalahan rasuah yang paling tinggi di negeri ini ialah membuat tuntutan palsu dan pemalsuan dokumen melibatkan projek pembangunan.

The post SPRM sahkan siasatan terhadap individu berpengaruh di Kelantan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?