Stor tayar di Taiping terbakar, pemilik rugi RM10 juta

TAIPING, 7 Rabiulawal 1438H, Rabu – Pemilik stor yang menyimpan pelbagai jenis tayar di kawasan perusahaan Kamunting di sini mendakwa mengalami kerugian RM10 juta selepas stor berkenaan terbakar petang semalam.

Pemilik syarikat Everthrough Rubber Products Sdn Bhd, Johnny Ng berkata, kerugian itu dialami berikutan kebakaran di stor berkenaan membabitkan kemusnahan 75 peratus.

“Saya masih belum mendapatkan maklumat mengenai punca kebakaran itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Taiping ACP Harrith Kam Abdullah berkata ketika ini api masih belum padam sepenuhnya memandangkan bahan terbakar adalah daripada getah.

“Masih belum ada bukti perbuatan jenayah dalam kebakaran itu,” katanya dalam kenyataan. – Bernama

The post Stor tayar di Taiping terbakar, pemilik rugi RM10 juta appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?