Sudah tiba masanya wanita di Arab Saudi dibenarkan memandu, kata Putera Alwaleed
RIYADH, 1 Rabiul Awal 1438H, Khamis – Seorang putera Arab Saudi berpengaruh menggesa supaya larangan ke atas wanita untuk memandu di negaranya segera diakhirkan.
Putera Alwaleed Talal dalam akaun rasmi Twitter beliau berkata, ia bukan sahaja berkait dengan hak tetapi juga keperluan ekonomi.
Selepas tweet pendek berkenaan, pejabat Putera Alwaleed mengeluarkan kenyataan panjang dalam bahasa Inggeris dan Arab menggariskan sebab-sebab beliau menyokong pengakhiran kepada larangan itu.
“Mencegah seorang wanita daripada memandu kereta pada masa kini adalah isu hak yang sama dengan melarang mereka daripada menerima pendidikan atau mempunyai identiti bebas.
“Ianya semua adalah tindakan yang tidak adil oleh masyarakat tradisional, jauh lebih ketat daripada apa yang dibenarkan secara sah oleh ajaran agama,” tegasnya.
Beliau juga memperincikan kos ekonomi wanita yang perlu bergantung kepada pemandu peribadi atau teksi, sejak transit awam bukan alternatif di dalam kerajaan itu.
Menggunakan pemandu asing, hanya membazirkan berbilion-bilion dollar daripada ekonomi Saudi, kata Alwaleed.
Beliau turut melakukan kira-kira bagi sesebuah keluarga yang menghabiskan purata $ 1,000 sebulan pada pemandu, wang yang sebaliknya boleh membantu pendapatan isi rumah pada satu masa.
Aktivis hak wanita di Jeddah, Sahar Hassan Nasief berkata, rayuan memandu dari seorang tokoh berpengaruh seperti Putera Alwaleed dapat membantu membawa perubahan.
“Semua orang bercakap mengenai beliau. Saya rasa komen beliau memberikan kita banyak harapan,” katanya. – Agensi
The post Sudah tiba masanya wanita di Arab Saudi dibenarkan memandu, kata Putera Alwaleed appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan