Tentera Darat siap siaga sepenuhnya hadapi banjir

banjirpp002-transformed

KUANTAN, 1 Rabiulawal 1438H, Khamis – Kesemua anggota Tentera Darat kini bersiap siaga sepenuhnya untuk menghadapi sebarang kemungkinan banjir pada musim tengkujuh di seluruh negara.

Panglima Tentera Darat, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata anggota berkenaan diarahkan bersiap sedia di semua negeri kerana bencana itu kadangkala akan turut berlaku di negeri tidak diduga selain di pantai timur.

“Semua formasi briged dan juga divisyen telah saya arahkan bersiap sedia bagi memberikan bantuan semasa banjir. Kadangkala kita tumpu satu tempat, tetapi terjadi (banjir) di tempat lain, jadi kita siap siaga di semua tempat.

“Kita jangan lupa Johor juga pernah melalui satu banjir besar dan begitu lama…termasuk pada 2013, 2014 di Perak ada (banjir).

“Di Temerloh pun kita tidak jangka sebelum ini, tetapi terjadi juga banjir…kita tidak jangka pasal banjir ini bila-bila masa sahaja boleh berlaku di mana-mana tempat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perbarisan penghargaan untuk meraikan Panglima Angkatan Bersama ATM Leftenan Jen Datuk Shahrani Mohd Sany yang akan bersara pada Mac depan di Kem Batu 10 dekat sini, hari ini.

Turut hadir Panglima 4 Briged (Mekanize) Brig Jen Datuk Md Din Abu.

Hampir 300 anggota termasuk pegawai menyertai perbarisan penghargaan berkenaan.

Raja Mohamed Affandi berkata pergerakan aset untuk operasi bantuan banjir turut diletakkan dalam keadaan siap siaga termasuk aset udara seperti diarahkan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin.- Bernama

The post Tentera Darat siap siaga sepenuhnya hadapi banjir appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?