Tiada kerjasama dengan Bersatu jika pilih PAN, DAP: PAS

BANGI, 9 Rabiulawal 1438H, Jumaat – PAS berpendirian untuk tidak menjalinkan sebarang kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) jika parti berkenaan menyertai pakatan harapan khususnya bersama PAN dan DAP.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hasan berkata, partinya tidak boleh mempertikaikan komitmen Bersatu untuk menyertai pakatan pada 13 Disember ini.

“Pimpinan kita dan Bersatu ada berjumpa dan kita beri pandangan, kita boleh bersama dengan mereka atau mereka boleh bersama dengan kita dengan syarat mereka mematuhi syarat kita, yang antaranya kita tiada hubungan langsung dengan dua parti politik iaitu Amanah dan DAP.

“Kalau mereka berhasrat dengan kita dalam satu gagasan politik mereka seharusnya tiada hubungan dengan pihak-pihak lainlah itu secara jelas,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Katanya, PAS akan memperincikan perkara itu dan mempertimbangkan kemungkinan tertentu berhubung isu tersebut.

“Mungkin ada bentuk-bentuk tertentu yang mungkin kita boleh pertimbangkan sebagai contoh masa dulu PAS ada hubungan dengan Semangat 46, yang mana kita tiada hubungan dengan DAP.

“Semangat 46 ada hubungan dalam Gagasan Rakyat yang turut bekerjasama dengan DAP itu mungkin boleh berlaku tapi buat masa ini tiada hubungan politik,” katanya.

The post Tiada kerjasama dengan Bersatu jika pilih PAN, DAP: PAS appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?