Tiada tanah kubur untuk mangsa terbunuh di Aleppo

4166849622

ALEPPO, 5 Rabiulawal 1438H, Isnin – Tanah perkuburan Aleppo dipenuhi penghuninya sejak setahun lalu, dan ia terus padat diisi dengan kematian pada minggu lepas.

Kini, mangsa yang terbunuh masih tiada tempat untuk dikebumikan sehingga memaksa ia ditanam di belakang rumah dan terus disimpan di dalam rumah mayat.

Ketua pegawai forensik tempatan, Mohammad Abu Jaafar berkata, pihaknya bingung untuk mencari jalan mengebumikan jenazah orang awam yang terkorban ekoran pertempuran berterusan antara rejim kerajaan Assad dan kumpulan pemberontak di Timur Aleppo.

“Kami tidak mempunyai ruang lagi. Walaupun kita mahu mengebumikan semua mayat sekaligus di dalam satu liang, namun pihak kita tidak mempunyai jentolak untuk proses penggalian,” katanya.

Sejak dua minggu lalu, rejim kerajaan al-Assad berterusan membedil kawasan itu sehingga membunuh lebih daripada 310 orang awam termasuk 42 kanak-kanak, menurut Hak Asasi Manusia Syria.

Penyelaras Bantuan Kecemasan PBB, Stephen O’Brien berkata, dia mengakui bahawa akses kepada Timur Aleppo yang pernah menjadi rumah kepada 275,000 penduduk, kini bertukar sebagai tanah perkuburan terbesar.

Keadaan itu menyebabkan beberapa mayat dibiarkan terus mereput di tepi jalan, malah di makan oleh haiwan seperti kucing.

Timur Aleppo adalah antara kawasan yang dikepung ketat sejak Julai lalu menyebabkan penduduk terjejas dengan bekalan makanan.- Agensi

The post Tiada tanah kubur untuk mangsa terbunuh di Aleppo appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?