Tiga universiti Malaysia berada di kedudukan 100 universiti terbaik dunia

upm

KUALA LUMPUR, 2 Rabiul Awal 1438H, Jumaat – Tiga universiti di Malaysia berjaya memasuki senarai 100 terbaik daripada 300 universiti melibatkan 50 negara dalam Times Higher Education (THE) BRICS and Emerging Economies University Rankings 2017.

Menurut laman web THE, Universiti Putra Malaysia menduduki tempat ke-89, melonjak 14 anak tangga daripada kedudukan sebelum ini, manakala dua lagi universiti iaitu Universiti Teknologi Petronas berada di kedudukan ke-91 dan Universiti Teknologi Malaysia (100).

Sementara itu, universiti yang berjaya ke senarai 300 terbaik ialah Universiti Sains Malaysia di kedudukan ke-114 dan Universiti Kebangsaan Malaysia pada tempat ke-136.

Universiti Utara Malaysia berjaya berada dalam kumpulan 201-250 dan Universiti Teknologi Mara pula dalam kelompok 251-300.  Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh dalam laman Twitternya mengucapkan tahniah kepada universiti berkenaan dan berkata:

“Tahniah kepada universiti kita untuk pencapaian ini. Teruskan kejayaan, kerja keras tidak berakhir di sini – mara ke 100 terbaik dan seterusnya. #SoaringUpwards”. Kira-kira 50 negara disenaraikan dalam ranking BRICS 2017 termasuk China, Brazil, Rusia, India dan Afrika Selatan. – Bernama

The post Tiga universiti Malaysia berada di kedudukan 100 universiti terbaik dunia appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?