TPPA: Kabinet setuju teruskan pindaan undang-undang

KUALA LUMPUR, 19 Rabiulawal 1438H, Isnin – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, mesyuarat Kabinet pada Rabu lepas bersetuju untuk meneruskan pindaan undang-undang berkaitan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Katanya, persetujuan berkenaan adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk meneruskan pindaan 18 undang-undang negara berkaitan TPP meskipun perjanjian itu belum ditentukan samada diteruskan atau tidak.

“Sebahagian undang-undang yang dipinda itu adalah undang-undang spesifik mengenai TPP sekiranya Malaysia menjadi ahli TPP dan sebahagiannya lagi merupakan undang-undang di mana kerajaan bersetuju untuk meminda dan ia tiada kaitan dengan TPP.

“Mesyuarat Kabinet pada Rabu lepas telah membuat keputusan untuk tetap meneruskan pindaan undang-undang berkaitan TPP seperti yang berkaitan Kementerian Sumber Manusia mengenai undang-undang tidak membenarkan kanak-kanak bekerja,” katanya pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Senator Datuk Mohd Suhaimi Abdullah mengenai strategi Malaysia terhadap perancangan perjanjian TPP berikutan kemenangan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Katanya, walaupun perjanjian itu tidak ditandatangani sekalipun, Malaysia akan meneruskan usaha untuk mengadakan hubungan dengan negara-negara terlibat seperti Mexico dan Kanada.

Jelasnya lagi, pindaan itu akan memastikan undang-undang negara dikemas kini berdasarkan perkara yang dipersetujui dalam rundingan.

Pada 19 November lepas, semua 12 pemimpin negara-negara TPP telah bertemu di Lima, Peru untuk melihat perkembangan terkini proses domestik mereka masing-masing ke arah ratifikasi.

The post TPPA: Kabinet setuju teruskan pindaan undang-undang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?