Tun M hargai keberanian, keprihatinan Anis Syafiqah desak tangkap MO1

BANGI, 18 Rabiulawal 1438H, Ahad – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menghargai keberanian pemimpin mahasiswa yang juga pelajar Universiti Malaya, Anis Syafiqah Md Yusof, memperjuangkan masa depan negara dan anak bangsa.

Katanya, beliau menyedari tindakan Anis Syafiqah itu diambil kerana bimbang masa depan negara dan generasi akan datang akibat tindakan ‘Malaysian Official One’ (MO1).

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, beliau amat terganggu apabila diberitahu bahawa Anis Syafiqah berdepan tindakan tatatertib oleh pentadbiran Universiti Malaya (UM) kerana pembabitan dalam acara ‘Tangkap MO1’.

“Seharusnya pihak universiti tersohor di Malaysia menyokong keberanian dan keprihatinan saudari memperjuangkan masa depan negara dan anak bangsa.

“Saudari tidak bersendirian di dalam kebimbangan ini. Saya yang dipenghujung usia mungkin akan terlepas menghadapi penderitaan angkara MO1.

“Tetapi ini tidak bermakna saya akan berpeluk tubuh dan membiarkan MO1 bermaharajalela dengan kemungkarannya,” kata Tun Dr Mahathir dalam surat yang dikirim melalui e-mel kepada Anis Syafiqah, bertarikh 15 Disember lalu, sambil berharap keberanian itu dicontohi oleh anak muda yang lain.

Anis Syafiqah yang digantung pengajian selama satu semester dan didenda RM400, memuat naik surat berkenaan dalam laman Facebooknya, semalam.

Turut menerima tindakan sama ialah Mohd Luqman Hakim Fazli dan Mohamad Luqman Nul Haqim Zul Razali, manakala Suhail Wan Azhar hanya didenda RM400.

The post Tun M hargai keberanian, keprihatinan Anis Syafiqah desak tangkap MO1 appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?