UMNO Kelantan cadang adakan Kongres Kesatuan Melayu sekali lagi
Sumber footo: NSTP/AIZUDDIN SAAD.
KUALA LUMPUR, 2 Rabiul Awal 1438H, Jumaat – Perwakilan UMNO Kelantan, Mohd Syahbuddin Hashim hari ini mencadangkan agar Kongres Kesatuan Melayu yang dianjurkan pada 1946, diadakan sekali lagi bagi menyuntik penyatuan Islam dan Melayu di negara ini.
Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Bahagian Gua Musang berkata, pihaknya mencadangkan kongres seperti itu diadakan demi survival bangsa Melayu.
Katanya lagi, perhimpunan orang Melayu pertama yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru itu berjaya mencantumkan semua pertubuhan Melayu, walaupun masing-masing ada aliran falsafah dan pendapat tersendiri.
“Isu penyatuan perlu diberi perhatian demi masa depan anak bangsa. Melalui kongres ini, kita boleh berbincang pelbagai isu kritikal membabitkan Islam dan Melayu.
“Ketika ini, kita bukan sahaja berdepan dengan musuh luar, tetapi juga musuh dari dalam negara ini, iaitu DAP yang begitu berani mencabar maruah Islam dan Melayu,” katanya membahaskan ucapan dasar Presiden pada Persidangan Agung UMNO 2016, di sini, hari ini.
The post UMNO Kelantan cadang adakan Kongres Kesatuan Melayu sekali lagi appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan