Video askar Israel bakar harta Palestin jadi viral

TEBING BARAT, 17 Rabiulawal 1438H, Sabtu – Rakaman video dimuat naik dan menjadi viral dalam laman Facebook, hari ini, menunjukkan dua askar rejim Zionis Israel membakar harta penduduk Palestin di Nablus.

Pihak bomba di kawasan diduduki menerbitkan imej CCTV yang dirakam pada 22 September lalu, yang jelas menunjukkan kenderaan askar Israel melalui kawasan itu selepas tengah malam.

Tiga jam kemudian iaitu kira-kira jam 3.44 pagi, dua askar dirakam membakar harta benda di kawasan penyimpanan kayu di situ, tanpa sebarang alasan.

Mereka juga menghalang anggota bomba daripada cuba memadam kebakaran, sebelum beredar dari situ.

Menurut laporan, kedua-dua askar Israel terbabit dipenjara 60 hari oleh mahkamah tentera, bulan lalu. – Agensi

The post Video askar Israel bakar harta Palestin jadi viral appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?