10 orang melecur terkena letupan bunga api semasa sambutan tahun baharu di Klang


SHAH ALAM, 2 Rabiulakhir 1438H, Ahad – Seramai 10 orang melecur akibat terkena letupan bunga api di majlis sambutan tahun baharu di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang malam tadi.

Difahamkan kejadian dipercayai berpunca apabila bunga api yang digunakan meletup sebelum ia berada di udara dan mengenai mereka yang berhampiran.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata tiga mangsa melecur teruk manakala tujuh yang lain melecur ringan di kaki.

“Yang melecur ringan diberi rawatan oleh pasukan perubatan di tempat kejadian sementara yang melecur teruk dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk rawatan lanjut,” katanya. – Bernama

The post 10 orang melecur terkena letupan bunga api semasa sambutan tahun baharu di Klang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?