Banjir: 135 sekolah di Kelantan, Terengganu dan Johor ditutup
PASIR MAS, 5 Rabiulakhir 1438H, Rabu – Keadaan banjir di di Terengganu, Kelantan dan Johor semakin bertambah buruk sehingga menyebabkan 135 buah sekolah di ketiga negeri terpaksa ditutup.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamed Yusof, berkata jumlah penutupan sekolah itu meningkat mendadak berbanding semalam.
“Hari ini, saya anggarkan lebih 40,000 murid dan pelajar, selain lebih 20,000 guru terjejas akibat bencana banjir.
“Bagaimanapun, pemantauan dari semasa ke semasa akan dijalankan,” katanya selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Pasir Mas hari ini.
The post Banjir: 135 sekolah di Kelantan, Terengganu dan Johor ditutup appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan